Friday, November 20, 2009

MAKANAN TRADISIONAL

1.

KUIH BAHULU








Sebagai memartabatkan seni melayu, mushi-mushi cuba mengenengahkan semula makanan-makanan tradisional melayu lama. Sejak zaman nenek-moyang kita lagi siapa yang tak pernah dengar Kuih Bahulu...sejenis kuih yang amat popular sejak zaman dahulu kala sehingga ke hari ini. Amat terkenal oleh masyarakat melayu khususnya mereka yang tinggal di negeri Melaka, N.Sembilan & Johor.

Sebagai generasi alaf baru kita perlu mengekalkan tradisi nenek-moyang kita, bak kata pahlawan melayu terbilang, Hang Tuah ; "Takkan Melayu Hilang Di dunia". Makanan adalah salah satu cara untuk kita mengekalkan seni budaya melayu (takkan setiap hari anak2 kita perlu dijamu dengan fun fries, kfc atau McD sahaja) Jadi sebagai satu langkah untuk kita memperkenalkan semula resepi-resepi atau kuih-muih masyarakat melayu kita sebagai ibubapa perlu mengekalkan tradisi-tradisi ini. Beri mereka peluang mencuba dan merasa sendiri kuih-muih tradisional melayu. Jangan nanti esok lusa mereka lupa dan tak kenal budaya melayu itu sendiri.

Kuih Bahulu sememangnya menjadi menu utama untuk masyarakat melayu khususnya semasa musim perayaan Hari raya, kenduri kahwin mahupun kenduri secara kecil-kecilan.

Dengan teknologi terkini & moden pembuatan Kuih Bahulu ini telah di naik taraf namun rasa aslinya masih tetap sama, tidak berubah dan sudah pasti tanpa bahan pengawet. Adalah lebih penting sekali ianya Halal, Bersih & Suci.

"Hati yang kotor datangnya dari makanan yang tidak bersih". Sebagai ketua keluarga/ibu kepada anak2 kita, jamulah mereka dengan makanan yang bersih dan juga halal dari segi hukumnya.
"SELAMAT MENCUBA!! DAH CUBA PASTI NAK LAGI!!"

KEPELBAGAIAN JENIS BAHULU

Kami menawarkan perbagai jenis bahulu di antaranya:

1) Bahulu Cermai (BC)



2) Bahulu Ikan (BI)


Disamping itu juga kami menawarkan perisa yang sememangnya menepati citarasa penggemar bahulu di luar sana:

1) Bahulu Oren (BO)*

2) Bahulu Chocolate Rise (BCR)*

3) Bahulu Butter (BB)*

4) Bahulu Pandan (BP)*

5) Bahulu Cappuccino (BC)*

*( Bentuk bahulu boleh pilih samada cermai atau ikan)


Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja!!

Perisa Asli => 50 biji => RM 13

Perisa Tambahan => 50 biji => RM 15

(Tempoh Penghantaran ~ 5-7 hari waktu bekerja)


Jangan Khuatir!!

Setiap produk yang dibungkus dijamin bersih dan tidak masuk angin (lemau). Kami JAMIN bahawa produk yang sampai ke tangan anda adalah dalam keadaan BAIK!!



Sebagai langkah untuk mengekalkan kualiti, aroma & kelembutan Kuih Bahulu, kami hanya menawarkan produk yang segar sahaja (Bukan dari stok lama). Maksudnya, proses pembuatan Kuih Bahulu hanya dibuat selepas mendapat tempahan dari pelanggan sahaja. Jadi sudah semestinya jangka hayat Kuih Bahulu kami tahan lebih lama!!!





































1 comment: